Friday, March 18, 2011

Jom masak-masak part 2

Salam...

Kita bertemu lagi.. nak habiskan apa yang tertangguh pasal masakan...next masakan:-

a) Pada 4 March 2011, punya la lapar malam tu lepas solat maghrib aku terus membuat rancangan kilat nak masak something....so hajat nak diet pada malam hari pun terhapus....memang tak tahan nafsu betul la...so lepas masak selama 1/2 jam so siap la hidangan kilat aku ni bernama pasta goreng pakai resepi sendiri..bubuh la segala jenis bahan yang ada kat dapur...sejak aku beli sos ikan ni abis segala jenis masakan aku bubuh natang tu....hajat dihati sebenarnya nak tiru orang thai masak la kunun-kununnya...sebab aku perhatikan 1 kakak yang kitorang selalu beli kat warung dia (nama warung tu warung Pak Long) untuk makan tengahari kat tempat kerja lama kat Pokok Sena dulu tu, warung tu kat tepi jalan Taman Desa Ilmu, segala jenis masakan dia masukkan sos ikan sebab dia hanya jual makanan yang goreng-goreng sahaja..aku tetiba jadi rindu lak kat masakan kakak tu especially nasi ayam gorengnya yang memang umph!!! aku dah mouth watering dah ni...disebabkan warung Pak Long tu masuk dalam kawasan projek jalan kitorang, tak tau la sekarang warung tu dah kena roboh ke belum...harap-harap ada lagi...

b) Pada keesokan harinya pulak 5 March 2011 aku masak ketam goreng bubuh sos ikan, sos tiram dan minyak bijan. Sebut pasal minyak bijan ni pun satu, sebenarnya aku beli minyak bijan ni khas untuk dimakan bila masak bubur nasi, tapi sekarang dah jadi tabiat aku masuk bahan ni ke dalam semua masakan..memang haru betul...


Yang kat bawah ni pulak ialah sayur masak lemak, yang sebenarnya bak lagu Yuna kedua-dua masakan ni aku masak lepas solat isyak, so boleh taula pukul berapa aku siap masak dan pukul berapa aku start makan..huhu satu lagi proses penghancuran diet aku...tak guna la aku makan Supermaxx 5 berkotak-kotak pun kalo gini la rutin time makan aku..dah tak larat kawal selera tak makan malam.c) Pada 14 Mac pulak aku puasa ganti, so lauk buka puasa aku ialah cendawan goreng, tempe goreng masak ala-ala jawa dan ikan singgang plus sayur masak air. Cendawan tu aku beli yang frozen food punya kat Jusco Seberang Perai. aku beli kat section Agro Bazar di outlet bumiputera, hanya perlu goreng sahaja. Aku tengok kat kedai tu macam tak banyak je orang datang beli barang padahal kawasan tu memang dekat dengan mesin atm. Kiranya lokasi kedai tu agak strategik gak pada pandangan aku. Sebab-sebab kedai tu jadi tak strategik sebab dilindungi dengan booth-booth kecil yang jual kain baju, so mana la orang perasan sangat. Lagipun setelah beberapa kali aku membeli-belah di kedai tersebut, aku telah mengomen dalam hati dan ku akui bahawasanya barang-barang dalam kedai tersebut agak mahal daripada brand lain dalam pasaran. Kalau diikutkan hati baik aku beli je barang seperti frozen food, rempah ratus, kerepek-kerepek dan sebagainya kat Jusco ke kat Wonderfull ke kat Tesco ke, lagi murah untuk jenis produk yang sama. Tetapi disebabkan aku ni ada jiwa nak support perniagaan orang Melayu ni so aku beli la 2, 3 barang dalam kedai ni (terima kasih kepada Aboh aku yang selalu menyemai rasa cinta sesama bangsa dalam diri anak-anaknya). Tapi tak boleh la beli selalu, gaji aku pun ciput je, botak kang...

Masakan yang kedua pada hari aku puasa tersebut ialah tempe goreng!!!my favorite aku...!!! Patutnya dalam fikiran aku suka tempe goreng yang bubuh suhun macam yang selalu aku makan kat kantin Kuittho kat Parit Raja, Batu Pahat tapi aku tak beli la bahan tu pulak. Yum yum yum....sabo...tengah puasa ni..aku ni terukla, dah tau puasa, time tu gak nak tulis blog pasal makanan...dasar nafsu mata yang "tak terkontrol" macam tu la.
Lauk ketiga yang terakhir pada hari tersebut ialah ikan masak singgang. Sebab sayur stok aku dah mula nak layu so aku pun combine kan dengan sayur air..hehe at least tak la membazir walaupun 3 hari lepas tu aku dah tak larat nak panaskan so dengan rasa berdosanya aku pun sedekah kat tong sampah..rasa bersalah pulak kat orang Jepun yang kena tsunami tu, diorang takde makanan, aku sedap-sedap je buang makanan..

d) Pada 17 Mac 2011 baru-baru ni pula aku still lagi dalam mode puasa ganti so makanan yang aku masak sampai kena bukak puasa kat dapur ialah lala masak cili yang aku alter resepi dari internet..lala ni aku beli kat pasar malam hari Rabu kat Alma dengan Mary. Aku start masak lebih kurang pukul 6.15 petang sebab aku balik lambat dari ofis. Lala ni aku masak last sekali konon-konon nak makan panas-panas. Aku habis masak 15 minit lagi sebelum pukul 8 malam so sebab tu la aku kata tadi aku buka puasa kat dapur masa tengah goreng lala ni la. Lala ni mengingatkan aku ngan Yus, housemate lama aku kat Taman Desa Ilmu dulu tu. Kitorang masa tu memang rajin masak, tambahan pula si Yus ni masak sedap, orang dah bertunangla katakan masa tu. Sekarang dia dah putus tunang ngan orang tu, kawin ngan bekas abang iparnya. Dah dapat anak pun. Kitorang masa tu selalu ronggeng + rempit naik motor p beli bahan basah kat pasar tani hari Sabtu kat area Pokok Sena. Kat pasar tu lagi hebat dari pasar malam kat Alma ni. Mungkin faktor orang Melayu ramai berniaga kat sana kot. Kat Bukit Mertajam ni orang Melayu tak ramai berniaga walaupun aku rasa market untuk orang Melayu kat sini lagi banyak berbanding cina. Pendek kata pasar tani Pokok Sena lebih banyak pilihan dan barangannya lebih bervariasi dan segar.

Yang kat bawah ni sebelah kiri ialah kuih cucur dan sebelah kanan ialah cendawan goreng. Kuih cucur ni aku beli kat pasar malam Alma ngan Mary pada hari Rabu 16 hb Mac tu la sekali ngan lala. Masin betul kuih cucur ni. Aku ingatkan hanya illustrasi aku sahaja rupa-rupanya setelah 2 hari aku makan dan panaskan cucur ni so terbuktila bahawasanya cucur ini benar-benar masin!! Lahabau punya orang yang menjual tu, takkan tak test dulu sebelum jual kat orang. Bukannya sekarang time puasa kalau kata tak boleh test. Maybe orang tu dalam mood nak kawin kut bak kata orang-orang tua.
Kat bawah ni ialah tomyam sayur. Kalau diikutkan memang tak munasabah sorang-sorang makan tomyam banyak ni...aku memang suka masak banyak la...walaupun aku rasa masa potong bahan-bahan masak tu macam sikit je, padahal bila dah campur semua baha-bahan tu dah boleh masak untuk 3 orang makan. Aku tersedar masa Mary jenguk dapur dan kata "You are cooking a lot aa". Sori la Mary dah terlambat pun aku nak bagi warning kat diri sendiri. Tu pun aku skip sayur sawi sebab periuk tu penuh sangat, tak muat.
Setakat ni jela aku citer pasal masakan-masakan aku kalau bukak warung ramai orang geleng kepala dan berkata "masakan apa ni? tak pernah tengok pun". Asalkan aku boleh telan semua makanan ni kira ok la tu. Akhir kata aku cakap dalam hati "Kesian kepada sesiapa yang jadi laki aku nanti". Wassalam.

Thursday, March 17, 2011

Jom masak-masak

Assalamualaikum...kita bertemu lagi setelah lama tidak bertemu

Dah lama rasanya tak update blog ni sejak dirasmikan pada 2007 sebab sebelum tu ada blog guna friendster punya blog. Lagipun baru aku je beli laptop....ni nak berjinak-jinak balik nak tulis blog nih..tu pun sebab nak masuk peraduan pili bomba dalam ondscene.my punya pasal, ada pulak syarat kena ada blog....ikut je la...

So sebagai langkah pertama penceritaan, aku nak kongsi hasil-hasil masakanku yang aku telah post dalam facebook sejak bulan Februari baru-baru ni:-

Pada 15 hb Februari aku telah masak

a) Rebus pasta

b) Masak bahan grilled / sos pasta

c) Siap, ready nak makan...
Nak tau tak, esoknya aku bawak bekal ke pejabat, pastu lusanya pulak aku bawak bekal nak makan dalam keretapi semasa dalam perjalanan nak balik ke rumah, ambil annual leave nak hantar anas p sambung belajar ke Australia..hantar sampai ke KLIA jela, ni ada sorg officemate aku ingat aku nak p sekali terbang ke Australia...la..mana cukup kalo 1 minggu je nak p oversea, sekurang-kurangnya sebulan ke..baru puas hati.

Punyala dalam keretapi tu aku pulun makan tak tengok kiri kanan. Sampaikan orang dalam keretapi tu jual makanan pun aku buat pekak badak....at least save gak belanja makan aku...

Ni masuk chapter masakan laik pulak pada 27 Februari 2011

a) Sayur bayam masak kicap
b) Ketam masak lemak


Yang gambar kat atas ni aku masak pada hujung minggu, aku ada gak offer nak bagi kat Mary, housemate Filipina aku tu tapi dia taknak, katanya tak makan masakan kari dan sewaktu dengannya...sebelum ni dia pernah bagitau aku dia masak ketam pakai sprite? aku malas la nak tanya resepinya lebih2, lagipun aku takde selera nak masak guna sprite (cis, alasan!!! padahal malu nak tanya)....ketam ni aku beli masa first time aku g pasar malam kat Alma, Bukit Mertajam..lepas si Mary tau aku beli ketam yang segar ni kat pasar tu, dia pun nak gi sama-sama gak..ada satu kisah haru lepas tu, lepas je dia tanya pasal pasar tu, kebetulan nasib malang lak tombol pintunya buat hal...tak boleh masuk bilik..last-last ngan gagah perkasanya dia p tendang pintu tu lepas geram punya pasal..tombol tu la ter lock sendiri padahal dia tak tekan untuk kunci pun..

Nampaknya bateri laptopku ini pun dah running out...malam karang la sambung balik pasal 2 batch masakan lagi...

Babai...

Sunday, December 2, 2007

My Birthday

Assalamualaikum…..

Sambil menikmati sup ayam Vono yang yummy sebab ada ketulan roti bakar disulami dengan lagu-lagu koleksi komputer aku menaip blog ini sekali lagi. Boring punya pasal la ni. Sorang-sorang je kat bilik waktu raya cina ni. Kak Zura plak balik kampung kat Kedah dengan tuning dia abg Ad. Elokla dia balik sebab tension sangat dengan tesis dia, dengan Pak Usop (supervisor kak Zura ni. Dia ni ex husband Wafa Abd Kadir tau. Lepas cerai dia jadi macam anti pompuan sket. Cian kak Zura. Tapi takpe sebab pak Usop ni duda hensem. Favourite di kalangan lecturer pompuan kat fakulti diorang). Hehe…aku merapu pasal pak Usop yang takde kena mengena dengan hidup aku ni buat pe..

Hari ni my birthday tau. Dah suku abad rupanya. Tak sedar pun. Yelah perangai pun macam budak-budak lagi. Ntah bila la nak jadi matang sket. Mmm.. awal-awal pagi lagi dah buat spoil. Bangun lepas waktu Subuh abis. Malang betul kantoi solat subuh masa birthday. Bangun pukul 7:30 a.m. Ah, alang-alang kantoi sambung tidur balik sampai pukul 9 a.m. Tu la tidur lewat punya pasal tengok citer cerekarama tv3 tajuk ‘mencari jalan mustaqim’. Best gak citer dia. Tertarik la plak dgn hero dia si Pekin. Macam best je kalo ada pakwe cam citer tu. Nampak hensem la plak. Heroin dia plak Raja Farah. Dalam citer tu dia pakai tudung tapi baju macam biasa yang dia pakai. Ketat sket, citarasa berpakaian anak muda masa kini, tu je yang slek. Nasib baik badan dia kecik, takdela nampak seksi. Nampaknya aku pun kena kurus macam dia kot tapi kalo ikut cara aku melantak makanan sekarang, takde harapan la nampaknya. Asyik mengunyah je dari bukak mata sampai tutup mata. Pulak tu asyik makan jajan je. Dah seminggu tak g jogging kat stadium sebab asal petang je hujan. Tension tul! Ada je halangan (ces, salahkan cuaca plak!)

Hadiah birthday? Mm.. rasanya tahun ni dapat hadiah paling mahal kot. Kak Jijah dengan Kak Ana yang bagi. Jam tangan adidas yang ori beb! Siap ada 5 tahun warranty lagi. Aku ni mana la pakai jam mahal. Tu pun mak aku yang beli kan time-time sekolah dulu masa UPSR dengan PMR. Tapi sekarang dah hilang tak dapt dikesan. Jam aku standard RM10 je. Diorang hadiahkan hari selasa baru ni. Aku segan gak nak terima. Maklumlah barang mahal. Hari selasa tu patutnya ada kelas tapi kelas batal la plak. So kitorang pun g la ke Alamanda Putrajaya. Mula-mula diorang belanja makan kat Johnny’s makan steamboat. Masa pegi putrajaya tu mana aku tau niat diorang nak celebrate birthday aku hari tu. Diorang rancang pakai teknologi terkini sms la. Pastu Kak Ana belikan kek secret recipe yang mahal tu 3 slices siap ada lilin lagi. Tapi kitorang tak dapatla nak pasang sebab takde lighter atau mancis. Dia bagi masa kitorang makan kat Johnny’s tapi sebab dah kenyang punya pasal makan steamboat (tidakkkkk!!!! aku didera makan steamboat!!!) so kami g jalan-jalan dulu round alamanda. Masa tula diorang belikan jam tu. Ingat Kak Ana memang betul-betul nak tukar jam tangan dia sebab tu alas an dia masuk satu-satunya kedai jam yang wujud di alamanda. Tapi mulanya aku pelik sebab pe dia suruh aku gayakan jam, katanya nak tengok lawa ke tak kat tangan orang lain. Rupanya-rupanya tu taktik dia la. Ces, tertipu aku!. Tapi takpela sebab tipu sunat. So kat sini aku nak ucapkan thanks very much kat Kak Jijah ngan Kak Ana. I luv u all. Takpe, nanti masa birthday Kak Ana bln 4 dan Kak Jijah masa hari merdeka, giliran aku plak bagi hadiah kat diorang. Tapi takdela semahal hadiah jam ni. Aku ni pokai, salah seorang fakir miskin di Malaysia sebab takde income lagi (ukuran orang miskin ialah perbelanjaan melebihi pendapatan 2 kali ganda). Thanks juga kat Benny sebab sudi beri teddy bear mahal dari Singapore. Sebenarnya si Benny tu beri kat kitorang berempat iaitu Kak Jijah, Kak Ana, Kak Ayu dan aku. Panjang kisahnya kalo nak citer pun. So sempena birthday aku, aku wish lepas habis master ni terus dapat kerja. Dah tak larat jadi penganggur terhormat. Buat Kak Jijah, aku wish supaya jumpa calon suami dan terus kawin tahun ni. Buat Kak Ana pula supaya dapat jumpa boyfriend baru yang lebih bagus, lebih kaya, lebih beriman, lebih setia, dan lebih segala-galanya la daripada boyfriend dulu yang kerek giler. Kepada mereka yang wish birthday aku melalui sms iaitu Kaklong, Kak Ana, Sayang, Zam, Bahirah dan Diana thanks jugak. Ingat juga korang kat aku yek…

Sebut pasal kakak-kakak sekalian, rupa-rupanya aku ni dikelilingi oleh orang-orang yang kecewa dalam percintaan sebenarnya termasukla kakak aku sendiri. Kesian kakak-kakakku. Ni yang aku bertambah anti dengan kaum yang satu lagi ni walaupun aku sendiri takdela pernah terlibat dengan kekecewaan. Nak citer tentang sejarah diorang ni memang panjang, juga sebab musabab aku jadi anti lelaki pun panjang jugak. Kang aku takleh buat keje lain plak. Assignment Prof JJ ni aku tak start buat lagi. Esok dahla nak g Petronas Kemaman sampai hari Jumaat. Assignment tu kena hantar 27 hb ni. Alamak mati aku! Pas balik dari Kemaman, pada 27/2 hingga 4/3 kena g Seremban dengan Langkawi plak ada fieldwork. Argh!!!! Tension!!!!. Bila la nak start bab 1 tesis ni. Letih betul! Lepas tulis blog ni kena packing barang plak sebab esok pagi-pagi buta lagi aku kena naik komuter nak g rumah Kak Ana pastu terus ke Kemaman.

Petang tadi aku kena beli paper bag nak bawak esok kat kedai kat Stesen Petronas nu. Hajat nak beli paper bag je tapi terbabas plak beli jajan. Dah habis pun aku lantak lepas balik bilik. Tak patut betul! aku rasa la sebab aku asyik rasa nak makan je sebab aku rasa sunyi kot duk kat bilik (bolehla pasang lagu Lonely lepas ni). Pas beli tu terus balik hostel ikut jalan kat stadium. Saje je try drive jalan tu. Lagipun hari ni raya cina, mana ada kereta sangat. So bleh la drive lenggang kangkung. Masa kat bukit nak naik Kolej Ibu Zain tu, ada 2 orang budak dari blok B yang baru turun dari bas rapid KL nak menapak naik bukit g balik bilik cam biasa. Tadi ntah ngape tiba-tiba aku sangat baik hati maybe sebab hari ni birthday aku kot(ceh, perasan!), aku tawarlah diri nak tolong hantar diorang ke hostel. Dapat jugak aku pahala hari ni walaupun pahala tu takdela dapat tebus dosa aku tak solat subuh pagi tadi.

Mak oi, panjang juga aku taip ni. Takpe la lain kali aku citer pasal g Kemaman, g Seremban dengan g Langkawi lak. Nak kena packing plak.

Bye, chow cin cau!!!!!